Pages

Friday, August 5, 2011

idea singkat

Salam

kenapa mereka pun vlog... sangat simple tapi nampak macam berisi ya... sangat hebat dalam penulisan agaknya,  diaorg leh create satu ayat yg pendek tapi minda pembacanya berapi.... hahahahha.. sangat hebat dowh...

korang rasa macam mana? jeles kan jeles kan... tolong jeles dan kita sama-sama jeles... ahahahahaha

chow dulu.. nak berbuka posa jam 640pm


Fakta Wanita

 
 
 
 Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
 
 
 
sumber sini

10 Bukti Tanda Lelaki Rumit


Kadang -kadang perempuan susah nak fahami lelaki nih macam manakan?   Macam mana kerumitan mereka kan? Di sini ada 10 tanda lelaki mmg rumit.... cek dis out!

10 Tanda Lelaki Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya , dia akan cuba untuk meninggalkanmu

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu penyusahkan,
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh.
Jika dia yang cerewet pada kau, itu kerana dia mengambil berat

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10.  Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar

Sumber : Mohd Haziq

Thursday, August 4, 2011

CINTA & NAFSU

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.



2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.
Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.


5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..


copipaste bulat2 dari SINI

Friday, July 29, 2011

pakai ini

entry ke 2 di hari yg sama

sekarang sy guna syampoo ini...

nampak macam sesuai..


aku pakai syampoo meREpair rambut rosak~
lembut sepanjang hari


di mana ?

Salam


disebabkan aku lama betul tak update belog vogue aku nih... aku dah blur macam mana nak tukar gambar profile... hahahahahaha.. tolong jgn lahar aku!!!

aku klik kat semua tmpt.. masih tak jumpa... kepada kawan2 yg rasa korang tu bijak pandai... sila tolong aku...

nangessss



aku lupa jew.. bukan lembab..

Thursday, July 28, 2011

twitter

Salam

Aku dah mulakan langkah aku di Twitter!!!



Dulu pernah nak menjinakkan diri di tweet2... tetapi... tweet2 macam tak frendly user jew... sbb tu kadang2 aku tak faham macam mana nak start segala-galanya di sana.... kawan aku Nadine asyik ajak aku bermain dengan twiter........ akhirnya.. di sebabkan kesungguhan dan kecekalan minda aku....... aku berjaya jugak memahami apa itu twiter sebenar2nya....

tahniah wat aku, sbb berjaga membukak satu akauan di twiter... heheheh.. kengkawan.. lepas nih kt menjinakkan diri kat twitter ok... so cool okeh..!!

tetapi FAceBook tetap menjadi pujaan hatiku... jgn mare ya...~

d twitter best .. sbb leh curahan segala2nya isi hati..

tak gitu umee? 

>> motif tanya diri sendiri... kehkehkehkehkeh.. gigih



Jom memFOllow!!!!




Thursday, July 7, 2011

biar~

biar aku macam tok
jgn kisah 
apa nok aku molah
lekak tok
suka kan?

puas hati!!?

Wednesday, June 22, 2011

My Birthday!!!!

Salam

Hari tok harijadi aku!!!

Rasa makin tua~

TQ kepada sesiapa yg bagi wish... terutamanya YANIE YAHYA!!! ko mmg melampau noksss....



nak mintak hadiah ngan parents lah.. hahahahaa....

22/6 = mmg hari bermakna wat aku, masa kecik dulu mmg tak rasa pun org tak wish, tapi.. dah besar nih, macam terasa lak jika tak dew yg sudi wish kat aku... hehehehehehehehhe.. makin tua makin merajok ok... tapi aku cuba nak jadi seorang yg berhati kering... kan kawan-kawan... korang mesti setuju ngan aku kan.. sebb aku pun setuju ngan korang kata aku comel.. ahahaha [aku perasan di sini]

say cheese

no idea actually...

kering

thankyouthankyouthankyouthankyouthankyouthankoyuthankyouthankyouthankoyuthankyouthankyouthankyou

Thursday, June 9, 2011

Hari Tekanan

Salam

Kalo kt dah tiap hari tertekan ngan masalah ... tak dew siapa yg tahan... kt bukan sempurna.. pasti suatu hari kita akan mengalah... membaca mengenai mengatasi masalah tension, kadang2 tak dpt membantu aku untuk tidak tension... semangat hanya hadir pada hari pembacaan, esok lusa, kembali tertekan. 

Kalo dah tension, aku akan mengalami kemurungan, susah nak tidur, makan, aku tak nak lah terjadi lagi sekali kepada aku.. sangat sakit ok... tapi hal sekeliling sangat membuat aku runsing, nak di pendam rasa sangat pahit, nak di luah rasa sangat jelik. Hanya kesabaran leh menewaskan ketension, tapi aku perlukan kawan untuk itu semua, kawan2 yg memahami... mmg ya... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. apa yg aku pikul sekarang rasanya amatlah berat...aku sendiri pun rasa takut nak hadapinya sorang-sorang.

Nak aku luahkan panjang2 nanti korang kata aku mencarut pulak

dah ler ya

aku makin runsing lak.. hahahahaha
chow





Bertengkar


sadarkah kau kasih kelakuan kamu
sungguh sangat menyiksa aku
padahal ku beri apa yang kau mau
tapi kau tak mengerti aku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net 

sakitnya hatiku dengan semua caramu
bila kau terus begini nanti ku bisa pergi


aku mohon sayangilah
diriku di dalam hidupmu
dan kamu jangan kasar-kasar lagi
dengarlah pujaan hati

aku mohon mengertilah
kita jangan bertengkar lagi
hadapi semua dengan dingin hati
dengarlah pujaan hati




aku mohon mengertilah
kita jangan bertengkar lagi
hadapi semua dengan dingin hati
dengarlah pujaan hati




Friday, June 3, 2011

Berani Mereka Mempermainkan Perasaan Aku!!!!

Salam

Mmg geram masih tercalit di jiwa aku
budak 3ekor yg rasa hebat sangat !!!! 

Kenapa korang wat aku macam ni!! Apa dosaku.. apa salahku... mempermainkan aku seperti aku budak kecik yg senang dipujuk dengan gula batu sahaja!!!

Aku first dapat sms dari Ayu, dia kata status Yanie Yahya yg menakutkan... keesokkan harinya, tak sabar rasanya nak membaca FB budak Yanie tu, aku tengok... budak Q, Hyun & Yanie sedang bergaduh, pelik2 bahasa mereka, sehingga ke tahap kronik, betul2 gaduh kew? Dalam Skype pun bergaduh jugak, aku pun heran, 

a. apa punca pergaduhan?
b. siapa tikam siapa
c. motif pergaduhan

Pada mulanya aku mmg tak percaya, diaorg gaduh tapi masih leh jadi frend of list di FB, tak patut... ahakssss..., dengan reaksi yanie yg begitu bijak lakonannya.... leh terpilih menjadi Bintang Paling Popular! (kononnyalah) ahaks.... budak hero nya si Hyun dan Q yg lari pada hari terjadian.. mmg menyakitkan hati aku!!! 

Kiranya korang menanglah kali nih ya... lain kali korang wat lagi.. aku mmg turun KL... ahakssss nak kasi lempang... hahahahahahahahaha....

Semata-mata nak lempang korang jew aku fly ke sana.. ahaksss

uolsss mampooooo

Thursday, April 28, 2011

Teruja

Salam

Di hari yang sama jugak aku bukak entry baru

Ini berkenaan teruja, terujanya aku!! hahahahahaha.. teruja pasal apa erk? teruja nak ke KL, hahahahaha.. almaklumlah, aku nih, first taim nak menjejak kaki ke KL, ini lah keinginan aku, tercapai jua akhirnya, macam2 proses, macam masalah, macam feel harus di jejak sebelum aku ke KL, dengan rezeki yang ada, aku berjaya jua, dan galakan dan sumbangan ikhlas. TQVM.



Macam-macam yang aku dengar org bercerita pasal KL, terasa membuak-buak dada ingin ke sana. Dengan mengunakan kapal air asia esok aku akan berlepas ke KL, semoga perjalanan aku di permudahkan, Amin.

Semoga menjadi kenangan terindah selama aku di sana, moga musibah di jauhkan, cekal dan tabah aku harus tempoh... motif aku macam nak pergi berperang... aku sot sekarang bha... hahahahahahahahahhaaa...

Nanti leh bercerita ngan org lak macam mana KL punya situasi, adakah indah khabar dari rupa, adakah rindu membuak-buak untuk ke 100 kali ingin ke KL semula,  

kepada kawan-kawan borak, aku pun sangat-sangat berharap leh jumpa kalian selama aku di KL, tapi aku akan cuba mencarik ruang untuk berjumpa, jgn marah yer jikalau aku kurang berjaya, mungkin bukan jodoh kita. Sori di awalkan.. menyerah sebelum berperang.. hahahahahahhahaa

aku harus merundur diri sebelum di tembak... ok calo...

Keinginan Melampau

Salam


Lama tak jenguk vlog..kerana bz dan teruja nak ke KL, mengenai topik di atas... KEINGINAN MELAMPAU!!



Manusia sememangnya tak sempurna walaupun diberik rupa paras yang chantek, manis. comel, hensem, bergaya & muskulin... tetap ada keinginan melampau ini... walopun masing-masing tidak mengaku keinginan itu, tetapi tetap berusaha untuk mendapatkan nya dan tension apabila ianya tak berjaya

Aku pun macam tu jugak, keinginan terlampau itu mmg melampui batas, sehingga aku pun terpikir-pikir, adakah aku berjaya atau tidak pegang apa yg aku inginkan.. mmg sukar kadang-kadang.. dan apabila berjaya., mmg akan berasa puas, tetapi puas cuma sekejap, esok lusa pasti nak melebih-lebih ... manusia mmg tak pernah puas... 

Ada duit, tak der duit, semua ada nafsu untuk memperoleh apa yang di inginkan, sanggup lakukan apasaja untuk itu.  Bersyukur dengan apa yang ada, mmg tak cukup kadang-kadang, mmg dah rezeki pun kadang-kadang menyakitkan hati... bukan nak menafikan, tetapi KEINGINAN MELAMPAU punya pasal, depan orang.. "A'a, rezeki aku" tetapi di dalam hati "mmg tak cukup" . hahahahahahahahahah.. tak tahu bersyukur punya olang... tak sabar masuk kubur... hahahahahahaahaha

membudget pun kadang-kadang tak cukup, masalah perbelanjaan negative dari akaun, nak makan apa? pasir masak lemak, rindu masa bujang, tapi lebih manis dah berkeluarga, anak-anak lagi, suami, keturunan bertambah, masalah mmg makin byk setelah berkeluarga tetapi ianya mengajar erti sabar dan lebih memaafkan.. mengalah jgn dilupain ya.. itu wajib dalam family..bertolak ansur kekdahnya... hahahahahha
aku cuma merapu macam org hilang akal pasal keinginan ini, sbb mmg dah lama tak menulis rasa sangat sayang ngan korang yg sudi membaca vlog basi aku..ahaks...


sot: rindu nak berenang... jom (keinginan jugak tu)

Thursday, April 14, 2011

23 Hari yang SOT!!! Dangau Dangau

Salam ^.^
 
Fuhhhhh..

Akhirnya siap jugak Dangau HARYAN.. pancaroma kisah manusia yang kaya sehingga ke bulan, tiba2 miskin papa kedana dan akhirnya insaf....... Kepada pembaca Family HARYAN , terima kasih yer...


Setinggi-tinggi TQ wat HYUN yg bertungkus lumus dan rajin melayan telalah aku yang hampeh... hahahahahahahhahahahaa.... Tak lupa jugak wat Airolnizam yg rajin men"centre"kan cerita-cerita hangat aku....

Untuk Bangcak dan Qis, seronok aku mereka cerita kalian, hahahahahahahahahahhahaa... Jgn Marah Haaaaa

HARYAN ZAIN okeh.....







 Perjalanan menyiapkan Dangau mmg merumitkan, kerana masing2 tak berada di tmpt yg sama, follow up setiap hari, sebab ada nombor telefon, aku mintak dari kupu2siang, aku rasa di macam operator, hampir semua budak2 CARI dia tahu nombor tpon... hahahahahahahahahahahahhaa... 

Kerana dangau jugak aku kenal suara HYUN dan KUNTILANAK... fuh,,, kawan aku sorang nih.. motif sangat wat nik dalam CARI KUNTILANAK, hahahahahahhahahahaa

BANGCAK: Bangcak yg kering, sebab aku aku panggil dia kering, asyik tak der idea jew, aku pun heran, jadi ngan ketekunan dan keterujaan aku dan HYUN siapkan semua diary dan aktiviti dia, pening pening...

KUNTILANAK: Kunti, like u lah... sebab, walopun tgh exam, ko layan lagi perangai aku yg SOT.. hahahaha.. sebab apa dia rajin melayan perangai aku, sbb ko lagi SOT dari aku... hahahahahahahaha

HYUN: seorang yang sangat betungkus lumus,,, walopun dari awal dia macam wat derk jew ngan dangau.... last2 dia jugak yg tak tidur malam... sorie yer BANG HYUN sebab aku tak pandai pakai ADOBE

AIROLNIZAM: hari2 kena sms,.. suruh on9 skype.... nasib baik lew dia free taim aku perlukan dia, ahahhahahahahahahahahaha.. tolong mencentrekan posting aku yg macam tongkang pecah... hahahahahahahah 

untuk HYUN DAN AIROLNIZAM : sila lupakkan id dan password aku k... 

LUV U OULS ...

KERJASAMA yang BERBALOI

SEMOGA DANGAU HARYAN MENANG!!!!!









Wednesday, March 30, 2011

Lamak X Update

Salam




senyuman untuk semua


jabit zain, katty zain, maher zain, qismis zain & adam zain... DANGAU HARYAN~

Sori Semua, sbb lama tak update belog
sekarang aku ngah bz ngan DANGAU HARYAN

dengan Idea dak HYUN.. mmg agak kecoh arrr Dangau kami nanti

TQ to Hyun sebab bertungkus lumus siapkan Banner untuk Dangau
Dalam Dangau.. watak aku sebagai mama vouge, ada papa dan 3 org anak yg nakal
Tunggu Siap Dangau ya.. sekarang masih dalam pembinaan...

idea masing-masing tak sama, tapi tetap setuju jika idea itu bernas, masing2 bekerja, tapi tunggu qismis & papa jabit.. *curse. langsung tak bergerak BOOKING nya... melampau-melampau

Dangau tengah d lock, hanya org yang tertentu jew leh pecah masok, seperti momod dan kami sekeluarga.
tapi rumah perbincangan masih leh di SR~

Dangau ada 7 team... kami team ke 2

Semoga sukses

BYE

Tuesday, March 8, 2011

HYUNNN!!! jenguk sini

Happy Birthday untuk Hyun Khun Khun

yang ke 27 pada hari ini

kalo tidak kerana FB aku mmg tak tahu yg hari ini hari jadi ko noksss

Semoga ko sentiasa di berkati, dapat jodoh, masuk tv lagi, byk berceloteh, naik pangkat, byk cakap, byk anak, byk bini, byk poyo,,, motif sangat aku kan HYUN... hahahahahahahaha

Semoga ko sentiasa gumbira dan Tuhan merestui hubungan ko ngan aku hahahahahahaha bakal isteri ko nanti.

Semoga persahabatan di alam mata kita kekal abadi!!!!

Birthday Abang Hyun!!!


Tuesday, February 22, 2011

Jam Merah Baru

Salam
New Entry

Tadi Aku baru beli Jam dari Avon~
Memandangkan aku minat ngan kaler merah...
Jadi aku beli ler kaler merah
Sebenarnya aku nak pilih kaler Biru tapi dah habis stock
Aku beli merah~ my 4rite kaler....~
Jam nih ada diamond2 lagi.. nampak menyerlah di tanganku~



 Hehehehe.. posing dulu~
ok.... kabur lagi... nak atur setting~ 
 tada... terbalik lak... janji nampak k...~
tgh Berpk siot...~ *tangan calar*~













Nih Terlebih posing lak~ hehehehehe

Harga Asal : RM 80.40
Selepas Less: aku guna avon adik aku : RM 68.35~

Monday, February 21, 2011

Aku Sakit!!!

Aku sakit Bila menatap matamu
Sadarku Bahwa engkau bukan milikku
Aku sakit Bila ku mengagumimu
Sadarku Kau tak pernah mengagumiku

Bangunkan Aku dari tidur panjangku
Sadarkan Aku dari mimpi tentangmu
Kusalah Bila ku berharap padamu
Salahku Paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu Perasaanku
Dan ku tak mau Kau tahu

Aku sakit Jika kau tahu hatiku
Karena Diriku tak berarti bagimu
Aku sakit Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin Tak mungkin sungguh tidak mungkin

Bangunkan Aku dari tidur panjangku
Sadarkan Aku dari mimpi tentangmu
Kusalah Bila ku berharap padamu
Salahku Paksa kau tuk mengagumiku

Kau tak tahu Perasaanku
Dan ku tak mau Kau tahu

Bangunkan Aku dari tidur panjangku
Sadarkan Aku dari mimpi tentangmu
Kusalah Bila ku berharap padamu

Kau tak tahu Perasaanku
Dan ku tak mau Kau tahu

Aku Sakit 


Friday, February 18, 2011

Mak Aku Bising

Awal pagi mak aku dah bising,
sebab aku kata aku nak deman & selsema

dia kata

mak: tidur akhir lagi...
umie: bukan selalu.. 
aku sengih macam kambeng di atas... panggang sedap tu..
lepas tu dia pot pet pot pet...(macam senapang patah)
aku dah biasa mendengar dia pot pet

aku tahu dia SAYANG aku
sebab aku ler org paling dekat dengan dia sekarang nih

Sayang mak walo macam mana pun mak membebel.... tak lupa jugak ngan bapak ku... 

Sangat sayang,,,

sot sot: mak membebel macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri... "peace mama"

Thursday, February 17, 2011

mee goreng sedap

SALAM

Pagi kol 4.00am aku dah bangun nak tengok bola.. Barcelona vs Arsenal.  Jiwa jadi kacau kerana Barcelona Kalah 2-1 di tangan Arsenal... sakit hati meluap-luap tengok skor Asavin..!!!

Bola itu bulat.. Kalah menang mmg adat permainan, aku mandik kol 6.45am.. Sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... dah kenakan baju kurung unggu ofcoz ada bunga kaler pink dan tudung pink, aku ready nak ke ofiz.  Tapi macam tak der maknanya aku Bersiap awal.. masih jugak masuk lewat sebab hb lak terhegeh-hegeh nak mandi... rutin harian kami berdua, TERGESA_GESA nak pergi kerja.. kehkehkehkehkeh.. aku awal pun jadi lewat.. ermmmmmmmmmmmmmmmmm........hb merajuk agi sebab barcelona kalah...comel...

Sampai ofiz, siapkan kerja semalam yang terbengkalai, surat-menyurat perlu dilekat setem dan dibaling dalam peti pos.  Minum 3 in 1 cafe.. CNI. Aku berharap mata leh bertahan sampai ke petang.. rupanya hujan di tengah hari.. MENGANTUK teramat bagai nak pengsan menahan mata.. Nasib baik ler kerja aku banyak. Tak der sangat lah aku melayan mata yang kian pejam dan terus padam.

















Tapi tak sampai lagi topik mee goreng kan?
Tengah hari kakak ajak makan, wow... (muka terhegeh-hegeh) hehehehehehe.. perut lapar teramat, dari pagi tak makan, terus bergerak.. Hb kakak yang ambik, terus ke Harmoni... nak diet konon makan mee goreng..... ya ampun.. berat aku dah 57!!! berattttttt..... kena diet.. erm... diet diet diet.. kononnya lah.

Gambar Hiasan


ok.. mee goreng pun sampai... nasib baik tak lama menunggu... makan mee sambil cakap pasal bola.. motif aku perempuan leh cakap pasal bola.. alahai.. hehehehe.. tak kesedaran mee goreng itu habis.. wow.. mmg sedap sangat... nak lagi nak lagi.. (perut: "aip aip... jgn.." ) (umee: "takderlah perut... aku gurau jew") lepas makan .. TQ kaka belanja makan... semoga panjang umur dan di murahkan rezeki yang sememangnya murah... Balik2 terus bergerak ke pejabat...

OTW balik, tengok kereta askar accident... budak bergaduh (ermm nih kakak yg bagitahu sbb aku ngah ngage ngan HB) rugi tak tengok budak gaduh... OTW OTW OTW.. sampai ofiz...

SOri tak tangkap gambar mee goreng sedap.. Terlampau sedap kot... 

sot sot: semoga kenyang smpai esok..(^^V)



Wednesday, February 16, 2011

Pertukaran & Kebosanan

Salam Petang!!

Kepala aku rasa nak pecah nak siapkan surat-surat yang bertaburan di atas meja aku. Bila nak siap-Bila nak siap!!!! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. Motif tajuk tak der kena mengena dengan surat-surat tu... Kalo korang perasan pertukaran Layout Blog aku.................. Umie Bertukar Lagi...!!!! ... Macam org tak tetap pendirian jew kan?

Aku mmg tak der pendirian!!.. pedulik aper aku!!..aku mmg patut korang baling kat hutan di aprika nun.. tak nak kisah pasal org... hah... pergi jauh-jauh... jgn hidup dengan org... buang masa jew... hahahahahahhahaha

Kenapa aku tak serik-serik lagi nak bertukar layout belog aku... aku sebenarnya bosan sekarang nih, stress pun ada.. nasib baik ler aku tak kerja sebagai akauntan.. mahu terbakar jiwa raga aku tengok nombor, aku kalo tengok nombor berjuta-juta dalam akaun aku tak per jugak.. nih dalam akaun lain... nanges T_T .

Satu sebab utamanya.. aku nih cepat sangat bosan... bosan dengan benda yg dah lama.. begitu jugak keadaan dalam bilik dan rumah, mmg bosan aku tu hyper sangat.. 2 hari aku dah leh bosan tengok bilik aku sedangkan baru dikemas... 

aku cepat bosan jika keseorangan, berduaan, ada keramaian, mmg cepat sangat bosan.... kenapa aku jadi macam nih......... org lain leh tetap pendirian.. kenapa aku tidak!!! EMosi pun kadang-kadang tak stabil.. aku boleh bertukar dari mood elok jadi tak elok.. ermmmm ... ada tak org macam aku erk?

Kalo di ofiz.. kalo aku dah bosan.. aku akan balik awal.. oi oi.. ko pk tu ofiz mak bapak ko kew!!! >> alahai... cek mek molek nya pun. Bukan selalu aku balik akhir pun... Sehari dalam sebulan jew... hahahahahahahah.. Lebih lak mulut ini menjawap.. hati berkata pada hati... "Aku cakap sorang-sorang LOL" 

Aku tulis panjang-panjang macam nih, korang baca tak? Kew aku SS.. hahahahahahaha

Ok Jew.. Janji jari jemari aku puas menaip... 

Dah Chow

sot-sot: miss miss miss miss ya~

Cinta Kau

Merayau-rayau
di tepian
mencari satu makna cinta
cinta kasih yang akan terbina
Adakah aku pasti ianya akan terbina
Ataupun hanya sandiwara dunia
Hitam Putih yang pasti
Moga aku cekal mengatasi
alahan cinta yang sukar
ku ubati dengan ubat jiwa

Di mana cinta, di mana sayang di mana rindu
ianya ditekap menjadi satu
menjadi jalur-jalur dalam hati
nan syahdu bila dihayati


ku kukuhkan hati
ku pakukan jiwa
agar aku sempurna 
dengan mencintaimu
ku bahagia




sot-sot : clap clap clap clap my hand.. c: